KEDAI KAIN SHAFENDI ONLINE DIVISION

SIAPA KAMI

Bagi yang masih tertanya tanya, kami dah berkecimpung dalam penjualan kain pasang @ kain ela ni dari tahun 2007. Walaupun kami bukan yang terbesar, tetapi dari segi pilihan dan kekuatan pasaran, Insyaallah, kami jaga sebab kami juga menjual secara runcit. Harga pasaran memang kami jaga sebab ramai orang bergantung kepada rujukan harga pasaran. Jika kami pemborong meletakkan harga pasaran yang terlalu rendah, maka yang menjual runcit akan terkesan dengan harga tersebut. Walaupun mungkin keuntungan berpihak kepada kami, namun kami tidak mahu menyekat orang lain. Kami berupaya bersaing secara sihat selama ini.. Maka azam kami untuk meneruskan budaya yang sihat ini..

Pls note, REALITI NYE HARGA PASARAN ADALAH BERBEZA MENGIKUT DI MANA TEMPAT ANDA MENJUAL DAN JUGA CARA ANDA MENJUAL.

Contohnye,
  • harga jual di KL adalah rendah. Harga jual di Shah Alam adalah tinggi hampir 3x ganda..  Jadi jika di KL harga barang mungkin RM30 di Shah Alam ada yang boleh naik ke RM90. Semuanya bergantung kepada kawasan, permintaan, taraf hidup dan juga liabiliti kita.
  • anda jual secara ansuran, harga nye tak sama dengan anda jual barang secara cash. Jika harga pasaran satu satu item contohnye rm60, Jika jual secara cash, maybe anda berani jual RM50 kerana anda dapat rolling cepat duit anda. tapi bagi yang buat rm60 dan ansuran. pada bayaran kedua baru anda dapat lepaskan modal @ untung anda. (jangan plak jual ansuran, tetiba barang jadik makin mahal.. hihihi dosa tau..)

No comments:

Post a Comment